Wednesday 10 December 2014

Minuman Herba Daun Alfalfa

Pati Alfalfa
Tahukah anda bahawa tumbuhan hijau menggunakan karbon dioksida dalam udara, air dan mineral daripada tanah dan cahaya matahari untuk menghasilkan makanan. Proses ini dikenali sebagai “fotosintesis”.

Pigmen hijau pada daun yang menyerap cahaya matahari dikenali sebagai “klorofil”. Klorofil adalah nutrien dari sumber semulajadi yang penting dalam penjagaan kesihatan yang baik. Alfalfa adalah daun herba yang sangat terkenal dalam perubatan tradisional masyarakat di negara-negara Arab.

Alfalfa bermaksud Bapa pemakanan kerana kandungan khasiatnya yang tinggi dan kaya dengan klorofil hijau. Alfalfa mengandungi 4 kali lebih klorofil berbanding sayuran hijau lain. Ia dapat membantu kita menyahtoksin dalam badan dan memperbaiki masalah kulit anda.

Selain itu, ia memberi anda tenaga dan mengurangkan kepanasan badan. Orang China menggelarkan Alfalfa sebagai Raja Herba. Campuran istimewa daun Mulberry juga membantu mencegah selsema.

Siapakah yang harus minum Air ALFALFA?

Minuman herba daun alfalfa afalah khas untuk:
  • Mereka yang terlalu kurus atau terlalu gemuk
  • Mereka yang menderita sembelit
  • Mereka yang menderita buasir berdarah
  • Mereka yang selalu makan di luar (ajinomoto)
  • Mereka yang mempunyai kulit muka pucat
  • Mereka yang kuat merokok dan alkohol tegar
  •  Mereka yang kencing tak lawas serta batu karang
  • Mereka yang bermasalah nafas dan badan berbau
  • Mereka yang tidak suka makan sayur-sayuran
  • Mereka yang mempunyai masalah berat badan
  • Mereka yang kesibukan dan mengalami tekanan
  • Mereka yang mudah letih dan malas-malas
  • Mereka yang mempunyai masalah hati
  • Mereka yang selalu mengalami sakit tekak
  • Pengidap diabetis dan darah tinggi

No comments:

Post a Comment